GPS berjaya bentuk kerajaan

0
3

PARTI Gabungan Sarawak (GPS) berjaya membentuk kerajaan negeri Sarawak selepas mendahului dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dengan 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat jam 8.30 malam tadi.

Kedudukan itu membolehkan GPS membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah

Berdasarkan laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selain GPS yang selesa mendahului, dua kerusi dimenangi Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Kerusi-kerusi dimenangi GPS adalah N.26 Gedong, N.65 Belaga N.61 Pelagus, N.29 Beting Maro, N.36 Layar, N.30 Balai Ringin, N.27 Sebuyau, N.15 Asajaya, N.63 Bukit Goram, N.59 Tamin dan N.57 Tellian

Kerusi lain yang dimenangi adalah N.58 Balingian, N.43 Dari, N.47 Pakan, N.39 Krian, N.40 Kabong, N.38 Kalaka, N.35 Saribas, N.37 Bukit Saban, N.28 Lingga, N.32 Simanggang, N.31 Bukit Begunan, N.24 Sadong Jaya, dan N.23 Bukit Semuja.

Turut dimenangi GPS adalah kerusi N.21 Tebedu, N.20 Tarat, N.19 Mambong, N.18 Serembu, N.13 Batu Kitang, N.17 Stakan, N.16 Muara Tuang, N.14 Batu Kawah, N.03 Tanjong Datu, N.74 Pujut, dan N.82 Bukit Sari.

GPS juga diumumkan sebagai pemenang di N.69 Kemena, N.60 Kakus, N.43 Dari, N.49 Ngemah, N.64 Baleh dan N.04 Pantai Damai.

Sementara itu, PSB pula diumum memenangi kerusi N.81 Bakelalan dan N.33 Engkilili. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here