BEKAS Menteri Kerja Raya, Baru Bian mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Adun) Ba’kelalan selepas menang dalam saingan lima penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hari ini.
Baru yang bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh 2,687 undi menewaskan pencabar terdekatnya, Sam Laya dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan majoriti 680 undi.
Sam Laya memperoleh 2,007 undi manakala tiga lagi pencabar, Pita Asut daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) memperoleh 110 undi, Martin Labo dari PKR dan Agneas Padan (Bebas) hilang deposit apabila masing-masing hanya meraih 57 dan 55 undi.
Dalam PRN Sarawak ke-11 lalu, Baru yang bertanding atas tiket PKR menang dengan majoriti 538 undi. – Malaysiapost

