Ali Biju tetap dapat undi

0
4

CALON Bebas Datuk Ali Biju, yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak setakat ini dilaporkan mendapat 1,492 undi.

Walaupun mengumumkan menarik diri dari berkempen bagi memberi laluan dan sokongan kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), beliau kini berada di kedudukan ketiga setakat jam 6.26 petang tadi.

Sebanyak 39 peti undi telah diterima di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi DUN Krian, daripada 49 secara keseluruhannya.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi hingga kini, calon GPS, Friday Belik telah mendapat 2,951 undi, calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Musa Dinggat 2,238 undi dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Danny Kuan 196 undi.

Ali yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, sebelum ini mengumumkan akan memberi sokongan penuh kepada, Friday Belik.

Sebelum ini, Ali yang juga penyandang kerusi DUN Krian mengambil keputusan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi terbabit.

Tindakan Ali itu disifatkan sebagai melanggar perjanjian antara Bersatu dan GPS kerana Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengesahkan parti itu tidak bertanding dalam PRN Sarawak.

Muhyiddin menjelaskan, Bersatu akan membantu GPS dalam pilihan raya negeri berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here