SEBANYAK 1,207 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 telah ditutup setakat 2 petang tadi.
Berdasarkan senarai pusat mengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 189 ditutup seawal 11 pagi manakala 559 ditutup pada 12 tengah hari.
Menurut SPR, menjelang 1 tengah hari, sejumlah 243 pusat mengundi ditutup manakala 216 lagi ditutup sejam kemudian.
Secara keseluruhan, pusat mengundi PRN Sarawak dibuka sebanyak 1,866 membabitkan 3,555 saluran, dibuka sejak 7.30 pagi. – Malaysiapost

