Krismas: Lawatan keluarga banduan 26 hingga 31 Disember

0
2
banduan pesalah penjara

JABATAN Penjara Malaysia (JPM) membenarkan lawatan perjumpaan sempena sambutan Hari Krismas bagi tahun ini kepada keluarga penghuni.

JPM dalam kenyataan memaklumkan, bagi penjara di negeri yang berada di Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, perjumpaan boleh dilaksanakan melalui dua pilihan iaitu secara e-mel Jabatan (Icewarp) atau video call dan bersemuka.

“Ia untuk pelawat yang lengkap divaksin dalam tempoh lima hari bermula pada 26 hingga 31 Disember 2021 yang tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Syarat itu termasuk, hanya seorang penghuni hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga.

Selain itu, lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat temujanji sahaja.

“Terdapat tiga (3) kaedah tempahan iaitu, sistem i-Visit di laman web: www.prison.gov.my

“Panggilan telefon di institusi berkenaan dan E-mel atau surat ke institusi berkenaan,” katanya.

JPM berkata, pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat.

Menurut kenyataan itu, masa perjumpaan tidak lebih 30 minit yang juga bergantung kepada situasi institusi penjara berkaitan.

“Hanya dua orang pelawat sahaja dibenarkan dalam kalangan keluarga yang telah ditetapkan oleh pihak penjara.

“Pelawat warga emas yang berumur lebih 60 tahun, kebenaran yang diberi adalah bersyarat iaitu mesti dalam keadaan sihat dan tidak bergejala,” katanya.

JPM memaklumkan, pelawat wajib mematuhi SOP PPN Fasa 4 yang telah ditetapkan semasa perjumpaan.

Katanya, kebenaran perjumpaan secara Icewarp atau video call sahaja terpakai kepada penjara di Negeri-negeri yang belum mencapai PPN Fasa 4.

“Sila hubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Maklumat institusi boleh didapati di laman web Jabatan Penjara Malaysia: www.prison.gov.my,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here