PM menghadap Agong untuk mesyuarat pra-Kabinet

0
1

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-kabinet di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya memaklumkan, sesi mesyuarat berkenaan berlangsung selama sejam bermula 8 pagi tadi.

“Mesyuarat pra-kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Dalam hantaran itu juga, Istana Negara memuat naik tiga keping gambar Perdana Menteri mengadakan perbincangan bersama Al-Sultan Abdullah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here