TRADISI rombongan nyanyian lagu natal atau “carolling” tidak dibenarkan pada malam Krismas, kata Datuk Halimah Sadique.
Menteri Perpaduan Negara itu berkata, hanya individu menerima vaksinasi lengkap dibenarkan berkunjung ke rumah keluarga.
Dalam kenyataan berhubung prosedur operasi standard (SOP) sambutan Krismas, Halimah berkata, upacara sembahyang dibenarkan mengikut SOP semasa pembukaan rumah ibadat bukan Islam.
Tambahnya, persembahan koir di gereja turut dibenarkan dengan ahli koir perlu memastikan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka atau “face shield”. – Malaysiapost

