Didakwa buli junior, 5 pelajar direman

0
2

LIMA pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Muar direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan buli melibatkan seorang pelajar ‘junior’, minggu lalu.

Kesemua pelajar berusia 16 tahun itu direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Analia Kamaruddin hari ini, lapor Astro Awani.

Portal itu melaporkan kesemua pelajar tersebut dibawa ke Kompleks Mahkamah Muar kira-kira jam 9 pagi dengan trak polis sebelum dibawa keluar tiga jam kemudian.

Semalam media melaporkan lima pelajar ditahan selepas dipercayai membuli pelajar ‘junior’ berusia 14 tahun sehingga mengalami bengkak di bahagian rusuk kiri dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata pihaknya Muar menerima laporan petang kelmarin memaklumkan mangsa dibuli oleh pelajar-pelajar lebih ‘senior’ sehingga mengalami kecederaan.

Kesemua suspek kemudian ditahan dalam tempoh 24 jam di sekitar Melaka, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca selepas kesemua suspek tidak berpuas hati dengan sikap mangsa dan rakan-rakannya, menyebabkan mereka dibuli. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here