Malaysia – AS perkukuh hubungan dua hala

0
2

KUNJUNGAN Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J. Blinken ke Malaysia dilihat dapat mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkesempatan bertemu pemimpin kanan AS bersama delegasinya dalam satu kunjungan hormat semalam.

“Banyak perkara yang kami bincangkan mengenai hubungan dua hala di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

“Pertemuan seperti ini sudah semestinya menjadi satu perkara penting dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan diplomatik kedua-dua negara.

“Terima kasih TYT Antony Blinken dan delegasi di atas kunjungan ini. Semoga bertemu lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam tadi.

Sementara itu, Kedutaan Besar AS di Malaysia dalam satu kenyataan di laman web rasminya dalam pertemuan itu kedua-dua pemimpin negara membincangkan hubungan dua hala AS dan Malaysia.

Jurucakapnya Ned Price berkata, perbincangan membabitkan hubungan dua hala yang kukuh yang berteraskan keselamatan, kemakmuran ekonomi dan hubungan rakyat dengan rakyat.

“Blinken menegaskan semula mengenai pemusatan ASEAN dan kepentingan strategik AS di Indo-Pasifik.

“Kedua-dua pemimpin turut membincangkan hasrat mereka untuk mengukuhkan kerjasama, termasuk mengenai pemulihan Covid-19 dan kesiapsiagaan menangani pandemik itu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here