SPRM beri kerjasama siasatan kes rompak babit pegawainya

0
3

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung siasatan kes jenayah yang melibatkan pegawainya yang dipercayai terbabit kes rompak.

SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan telah membantu siasatan pihak polis dan menyerahkan dua lagi pegawainya bagi membantu siasatan tersebut.

“Sekali lagi, SPRM ingin menegaskan bahawa suruhanjaya ini tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dalam jenayah dan menggesa agar siasatan ini disegerakan,” menurut kenyataan itu.

Semalam media melaporkan pegawai SPRM yang ditahan polis selepas disyaki terbabit kes rompakan berkumpulan di sebuah rumah di Jalan Ampang pada 10 Disember lalu disambung reman selama lima hari sehingga 20 Disember ini.

Seorang lagi individu yang ditahan bersama pegawai berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam kejadian berlaku 12 tengah 10 Disember lalu, tiga lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa agensi penguat kuasa memecah masuk rumah seorang ahli perniagaan berusia 50-an.

Kejadian dikatakan membabitkan kerugian kira-kira RM1 juta dan polis yang menjalankan siasatan berjaya menahan dua lelaki termasuk seorang pegawai penguat kuasa masing-masing berusia 30-an pada 12 Disember lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here