Kita tahu apa yang Tun M pernah lakukan – Shamsul

0
2

AHLI Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memberi peringatan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad agar berhenti ‘memburukkan’ pemimpin parti itu, kerana kelak ‘keburukan’ itu bakal terpalit semula kepadanya.

“Benci dan dendamnya ‘hanya Allah yang tahu’. Kepada Tun Mahathir Mohamad.

“Ingatlah. Nikmat yang Tun perolehi melalui Umno lebih daripada orang lain. Bersyukurlah. Dan jangan ingat Tun sahaja yang baik daripada orang lain.

“Jangan juga ingat semua orang suka pada Tun. Kita pun tahu apa yang Tun lakukan. Lagipun Tun tiada apa kaitan lagi dengan Umno,” ujarnya menerusi Facebook.

Terdahulu, media melaporkan bekas Perdana Menteri itu menyatakan bahawa parti bertunjangkan bangsa Melayu iaitu Umno kini dirampas perasuah dan penyangak dengan hanya menggunakan orang Melayu untuk menjadi sebuah kerajaan.

Dr Mahathir turut berkata, mereka hanya berhasrat menggunakan orang Melayu untuk jadi kerajaan dan mengguna kuasa untuk memperkayakan diri mereka.

Katanya, orang Melayu tidak mempunyai sebarang pilihan hendak menyokong parti Melayu melainkan Umno. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here