RON97 naik 1sen, RON95 dan diesel kekal

0
2

HARGA runcit petrol RON97 naik satu sen seliter kepada RM3.00 bagi tempoh 16 hingga 22 Disember ini.

Harga runcit petrol RON95 dan diesel pula kekal, masing-masing pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan.

“Langkah itu bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, harga tersebut berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here