Nik Ezanee kini juruiring PM

0
2
Petaling Jaya OCPD Nik Ezanee Mohd Faisal -SIDANG MEDIA KETUA POLIS DAERAH PETALING JAYA KEJAYAAN TANGKAPAN DAN RAMPASAN OLEH BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH IPD PJ

SENIOR Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal kini dilantik sebagai juruiring rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malaysiapost dimaklumkan sumber Pejabat Perdana Menteri (PMO), bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor itu telah melaporkan diri bagi memulakan tugasnya.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada PMO.

Nik Ezanee, 43, merupakan pegawai polis yang mendapat perhatian ramai kerana peka terhadap mereka kurang bernasib baik.

Ketika memegang jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, beliau menghulurkan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan.

Sementara itu, Astro AWANI melaporkan pihaknya telah mengesahkan pelantikan tersebut dengan Nik Ezanee.

Mengulas mengenai penggantinya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Nik Ezanee berkata, setakat ini perkara itu masih belum lagi diputuskan.

Nik Ezanee merupakan pegawai kanan polis yang sebelum ini lantang menyuarakan isu rasuah terutamanya membabitkan anggotanya menerusi temu bual di beberapa platform media.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here