PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew tidak lena tidur memikirkan keadaan keluarga serta anak kecil yang tinggal di dalam khemah dengan cuaca hujan lebat di hadapan hotel penginapannya di Brazil.
Ebit berkata, dia melihat beberapa khemah yang hanya ditutupi plastik hitam dari luar tingkap hotelnya, dan cuaca ketika itu hujan lebat.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia merasa sedih apabila melihat anak-anak kecil berlari bagi membetulkan ‘rumah’ mereka daripada hujan.

“Sedih rasa. Dari semalam perasan dekat luar tingkap hotel saya ada beberapa anak kecil berlari-lari dan tidur dalam khemah plastik.
“Hari ni hujan lebat jer. Tengok khemah tu terbang. Mereka berlari betulkan khemah plastik. Sedih rasa. Mereka semua masuk dalam khemah,” katanya menerusi Facebook.
Justeru, beliau berkata, dia bersama pasukan terus menghulurkan bantuan seperti makanan dan pakaian sebagai tanda sokongan dan memberikan keceriaan kepada mereka yang sedang menghadapi kesulitan.
“Saya pergi beli makanan dan baju-baju dan keperluan lain. Pergi tengok khemah mereka. Ada tiga bayi lagi. Tiga wanita dewasa.
“Beberapa anak remaja semuanya perempuan. Setiap hari mereka tidur di sini. Berat ujianmu anak. Mereka gembira bila kami ziarah mereka. Senyum je. Saya jadi tak lena memikirkan kasihan mereka. Hari ini hujan lebat jer.
“Walau dapat ukir sedikit senyuman pada mereka terasa gembira. Semoga Allah jaga mereka semuanya,” katanya.
Ebit juga bersyukur kerana sepanjang keluar berdakwah di luar negara usaha membantu golongan yang memerlukan di Malaysia tidak terhenti dan diteruskan seperti biasa oleh pasukannya. – Malaysiapost

