Bomba bantu potong soket PVC tersekat di kemaluan lelaki

0
1

KHIDMAT anggota bomba terpaksa digunakan bagi memotong soket paip PVC yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki dalam kejadian di Hospital Lawas, hari ini.

Lelaki berusia 43 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan selepas gagal mengeluarkan soket berkenaan yang tersekat pada kemaluannya.

Bagaimanapun pihak hospital tidak berjaya mengeluarkan soket terbabit dan terpaksa meminta bantuan daripada pihak bomba untuk memotong soket PVC berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Azman Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.03 pagi dan tiba di Hospital Lawas kira-kira dua minit kemudian.

“Tiba di tempat kejadian, didapati ada seorang lelaki berumur 43 tahun telah memasukkan soket PVC sehingga tersekat pada kemaluan beliau.

“Pasukan bomba membuat pemotongan soket tersebut dengan peralatan pemotong cincin sehingga selesai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, selepas keadaan didapati selamat operasi berkenaan ditamatkan pada jam 7.54 pagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here