PRN Sarawak: Pengundian awal berlangsung hari ini

0
2

HARI ini bakal berlangsung proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Seramai 23,043 pengundi akan mengundi awal membabitkan 69 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ia melibatkan 12,585 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala 10,458 pengundi lagi meliputi anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan.

Proses penamaan calon bagi PRN Sarawak berlangsung pada 6 Disember lalu dengan penguatkusaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima 349 kertas penamaan calon yang layak bertanding bagi PRN Sarawak.

Jumlah tersebut diperolehi selepas tempoh penamaan calon di 82 Pusat Penamaan Calon (PPC) seluruh Negeri Sarawak ditutup pada jam 10 pagi.

Menjelang tarikh pengundian yang akan berlangsung Sabtu ini, kempen PRN Sarawak yang diadakan oleh calon-calon yang bertanding telah merekodkan enam tindakan kompaun berjumlah RM31,000.

Media melaporkan, tindakan itu ekoran kesalahan melanggar SOP yang ditetapkan pada PRN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here