Rais tegur Hamzah tidak pernah hadir ke Dewan Negara

0
2

YANG di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim hari ini menegur Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang didapati tidak pernah hadir Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 Dewan Negara.

Beliau membuat teguran itu ketika menjemput Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin menjawab soalan jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Dalam teguran itu, Rais juga meminta Jonathan menyampaikan salam kepada Hamzah.

“Saya nak komen sedikit sahaja, YB Menteri (Hamzah) tidak pernah datang ke Dewan (Negara). Sampaikan salam,” kata Rais.

Jonathan dalam reaksinya berkata, “Saya akan sampaikan pesanan itu,” jawabnya ringkas.

Teguran dibuat ketika Jonathan diminta menjawab soalan berkaitan penarafan warganegara Malaysia oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dibangkitkan oleh Senator Aziz Ariffin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here