KES harian Covid-19 di Malaysia kekal berada di bawah angka 4,000 buat hari kedua berturut-turut apabila mencatatkan 3,504 baharu hari ini.
Jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 3,490 kes kelmarin yang juga terendah dicatatkan negara sejak lebih enam bulan lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 2,695,143 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. – Malaysiapost

