Pemuda Umno terus tuntut pengeluaran terakhir KWSP

0
2

PEMUDA Umno memberi jaminan akan terus menyuarakan tuntutan pengeluaran terakhir Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan golongan pencarum yang terdesak serta terkesan akibat Covid-19.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ramai yang benar-benar mengharapkan pengeluaran kali terakhir wang KWSP mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Sepanjang pagi ini sahaja saya membaca ratusan mesej yang menyampaikan suara hati kepayahan mereka untuk melangsaikan pelbagai komitmen tertunggak dan memulakan kehidupan baharu pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik.

“InsyaAllah saya dan Pemuda Umno akan terus menyuarakan isu ini kepada Perdana Menteri dan kerajaan agar segera mempertimbangkan #TuntutanRakyat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Pemuda Umno sebelum ini konsisten membangkitkan pengeluaran wang simpanan dalam KWSP melalui i-Citra sebanyak RM10,000 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Asyraf Wajdi turut mencadangkan, mungkin untuk pengeluaran kali terakhir itu, diberikan pilihan kepada mereka yang memang benar-benar berkeperluan mendesak sahaja.

Menurutnya, permohonan pengeluaran juga dihadkan kepada yang mempunyai baki yang mencukupi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here