Tawaran diskaun 80% saman polis dilanjutkan sehingga 31 Disember

0
2
Lebuhraya Persekituan kelihatan sesak disebabkan anggota-anggota PDRM memeriksa dokumen kebenaran daerah atau negeri pemandu kenderaan pada sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan menghala ke pusat bandar ketika tinjauan hari ini. Kerajaan memutuskan untuk meletakkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah PKP bermula 7 hingga 20 Mei depan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 17 kluster baharu telah direkodkan sejak 1 hingga 27 April lepas dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat.

TEMPOH tawaran pengurangan kompaun saman polis sempena 100 Hari Keluarga Malaysia dilanjutkan sehingga 31 Disember tahun ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan di Facebook m Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) hari ini.

“Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80 peratus akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya.

Justeru, menurut JSPT orang ramai boleh menjelaskan saman di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta Daerah di seluruh negara.

“Selain itu, orang ramai juga boleh membayar saman menerusi portal dan aplikasi mudah alih ‘Mybayar Saman’, di pejabat pos atau perbankan ATM Maybank.

“Ayuh, rebutlah peluang ini untuk menjelaskan tunggakkan saman anda dan memperoleh manfaat daripada pengurangan saman ini bagi mengurangkan beban akibat situasi sukar semasa pandemik Covid-19,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here