PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa menghadiri Majlis Khatan Perdana anjuran Pemuda Umno Bahagian Bera, hari ini.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera itu memaklumkan seramai 350 peserta dan 18 tok mudim yang menyertai program tersebut.
Katanya, semasa acara dijalankan, dapat lihat pelbagai ragam dan keletah peserta yang mencuit hati.
“Ada yang tiba-tiba sakit gigi, ada yang menangis, ada juga yang ‘cool’ sahaja dan pelbagai gelagat lagi dalam acara berkhatan perdana anjuran pemuda Umno Bahagian Bera, pagi ni.
“Saya bersama kira-kira 350 peserta, dan 18 mudim program khatan untuk berikan semangat kepada mereka. Telatah mereka sungguh mencuit hati,” katanya menerusi Facebook.
Dalam majlis tersebut, beliau menyerahkan sumbangan van jenazah untuk kegunaan Parlimen Bera serta topi keledar keselamatan kanak-kanak yang disumbangkan oleh Myperintis.
“Inilah Keluarga Malaysia. Kita jaga keluarga orang lain seperti kita jaga keluarga kita sendiri,” katanya. – Malaysiapost

