JAKIM FC muncul juara Piala YB Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin di Padang Ekuestrian, Presint 5 Putrajaya.
JAKIM FC di bawah pimpinan Ustaz Dr Zamihan al-Ghari muncul juara selepas menewaskan Kelab Bola Sepak Presint 14 dengan keputusannya 2-0.
Susulan kejayaan itu, Zamihan mengucapkan terima kasih kepada pengurus pasukan, pemain serta penyokong yang membantu pasukan tersebut.
“Tanpa disiplin, persefahaman dan kerjasama satu pasukan kita takkan kemana.
“Apapun, pemain JAKIM FC memang terbaik. Player kami semuanya menutup aurat. Sempat menunaikan solat berjemaah, berwirid dan berdoa di tepi padang.
“Pemain dapat elaun perlawanan sebanyak RM225 seorang. Alhamdulillah. Tahniah semua,” katanya. – Malaysiapost

