Warden penjara dikecam ‘bangga’ suruh banduan basuh kereta

0
2

Nurul Huda Abhar

TINDAKAN seorang penjawat awam yang bertugas di Jabatan Penjara Malaysia memuat naik gambar seorang banduan sedang mencuci kereta miliknya, menerima kecaman netizen selepas hantaran itu tular di media sosial hari ini.

Hantaran tersebut dimuat naik oleh pemilik Twitter @afis_alias, selepas ia dikongsi akaun Facebook Amir Hakim Jaafar di ‘group’ My Axia Owners Club (Maxoc) (Unofficial).

Dalam hantaran itu, pemilik Facebook tersebut memuat naik gambar seorang lelaki dipercayai banduan yang memakai kemeja-T berwarna biru sedang mencuci tayar kereta milik warden terbabit.

“Banduan boleh basuh buat apa basuh sendiri,” tulisnya dalam hantaran itu.

Semakan di ruangan ruangan komen mendapati netizen mengecam tindakan penjawat awam tersebut yang mengambil kesempatan sehingga mengarahkan banduan itu mencuci kereta miliknya.

Rata-rata mereka menyifatkan tindakan penjawat awan itu telah mencemarkan kredibiliti dan imej Jabatan Penjara Malaysia.

“Sebagai warden penjara kau sepatutnya jaga etika di media sosial. Walaupun dia banduan jangan pandang hina mana tahu satu hari nanti dia bertaubat dan taubat di terima Allah masa depan dia lagi cerah berbanding kau,” kata Thefatboyslim.

“Warden penjara je pun jangan cakap berlagak sangat. Orang lain yang bertugas lebih lama dari kau pun masih hormat dengan orang lain,” tulis Nasyirdz.

“Kadang-kadang manusia kerja macam ni ada yang ambil kesempatan dalam kesempitan. Acah-acah baik depan tapi belakang sama teruk. Patutnya kena jaga imej pasukan beruniform. Jangan post sebarangan di media sosial,” kata Moshie97. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here