PM ucap tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Selangor

0
3

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah menzahirkan ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-76 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, hari ini.

Beliau menyampaikan ucapan tersebut menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.

“Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-76, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.

“Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dilanjutkan usia dan senantiasa (sentiasa) berada dalam limpahan rahmat dan maghfirah Allah SWT,” katanya dalam hantaran itu.

Seramai 87 individu menerima Darjah dan Bintang Kebesaran bersempena Hari Keputeraan Sultan Selangor hari ini.

Bagaimanapun, istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran itu tidak diadakan pada hari ini, sebaliknya ditangguhkan pada satu tarikh yang akan diberitahu kemudian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here