Kes Covid-19 kembali turun, 4,626 hari ini

0
2

SELEPAS tiga hari berturut-turut kes baharu Covid-19 mencatat angka melebihi 5,000, kini angka itu kembali turun kepada 4,626 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 2,688,149 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Sementara itu, mengikut data portal COVIDNOW, jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lalu menurun sebanyak 5.4 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here