Remy Ishak menggeletar pegang trofi, dinobat Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM

0
2

PELAKON Remy Ishak mengakui penantiannya selama 15 tahun berakhir apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-31 semalam.

Remy berkata, dia pernah tercalon dalam anugerah FFM sebanyak tiga kali namun rezeki tidak berpihak padanya.

“Memang rezeki saya tahun ini. Bukan senang nak dapat anugerah ini. Ini pencalonan keempat saya dan Alhamdulillah, akhirnya saya bawa pulang juga trofi anugerah berprestij ini,” katanya memetik Astro Gempak.

Tambah Remy, dia tidak menjangkakan kemenangan pada edisi tahun ini kerana saingan sangat sengit.

“Memang saya tak jangka langsung dan sampai sekarang ini (semalam) masih menggeletar.

“Anugerah ini bagi saya sangat istimewa kerana memang saya nantikan. Anugerah-anugerah lain saya dah pernah dapat,” katanya dalam teruja.

Remy pernah tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik pada FFM23 menerusi filem Evolusi KL Drift 2.

Seterusnya, pelakon filem Cun itu tercalon pula dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM24 menerusi filem Nur Kasih The Movie.

Kali terakhir Remy tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM30 menerusi filem Pulang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here