Pencemaran Sungai Jelai akibat aktiviti kilang

0
2

MENTERI Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan pihaknya sudah menjalankan siasatan berhubung aduan pencemaran Sungai Jelai di Pahang, yang menyebabkan air bertukar menjadi biru kehijauan.

Tuan Ibrahim berkata, aduan itu akan disiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cameron Highlands susulan aduan yang ‘ditag’ pengadu ke Facebooknya, semalam.

Beliau berkata, pasukan penyiasat telah menyusuri anak sungai dan mendapati punca pencemaran tersebut daripada sebuah kilang.

“Longkang belakang premis menjadi tempat membilas bekas IBC dye biru.

“Sepuluh kompaun telah dikenakan kepada pemilik premis. Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, siasatan dan pemantauan lanjut akan diteruskan dan beliau berterima kasih kepada pengadu dan JAS Cameron Highland yang telah bertindak dengan segera.

Terdahulu, video dan gambar perubahan warna air itu dimuat naik seorang pengguna media sosial, Man Teybor menerusi kumpulan Facebook Laman Loghat Pahang (LPP) mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Keadaan itu, sekali gus mengejutkan ramai pihak yang menuntut siasatan dijalankan bagi mengetahui punca perubahan air sungai itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here