Sultan Johor terima taklimat pembinaan kolam selam tempur

0
2

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima mengadap Panglima 21 Grup Gerak Khas (GGK), Mejar Jeneral Nubli Hashim.

Dalam kenyataan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, memaklumkan Nubli turut mempersembahkan taklimat perkembangan semasa pembinaan kolam selam tempur 21 GGK di Kem Iskandar, Mersing, dalam pertemuan itu.

“Pembinaan kolam selam tempur itu antara lain berupaya meningkatkan lagi kecekapan pasukan khas dalam melaksanakan misi dan operasi di perairan.

“Kolam itu turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti stor peralatan skuba, stor pakaian penyelam, ruangan pejabat dan bilik perubatan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Nubli turut mempersembahkan cenderahati replika ukiran kayu Sniper Rifle 7.62mm AX 308 kepada Sultan Johor yang juga Kolonel Komandan GGK sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda pada 22 November lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here