Pusat hiburan, 44 pengunjung dikompauan RM245,000

0
3

PEMILIK premis dan 44 pengunjung sebuah pusat hiburan di ibu negara dikenakan kompaun berjumlah RM245,000 dalam Operasi Pematuhan Khas Covid-19 yang dijalankan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, semalam.

Ketua JPJKK Kuala Lumpur Datuk Azman Ayob, berkata serbuan dijalankan 18 pegawai dan anggotanya terhadap premis berkenaan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

“JPJKK Kuala Lumpur berjaya mengeluarkan sebanyak 44 kompaun terhadap pengunjung dengan nilai kompaun berjumlah RM220,000, manakala satu kompaun bernilai RM25,000 dikeluarkan ke atas pemilik premis.

“Kompaun-kompaun tersebut dikeluarkan mengikut pelanggaran Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengalawan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021 (Melakukan aktiviti terlarang dalam pun dan kelab malam) semasa tempoh PPN Fasa 4 bagi Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, nilai keseluruhan kompaun dikeluarkan hasil serbuan dijalankan adalah berjumlah RM245,000.

“Operasi seperti ini akan terus dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam usaha membantu kerajaan mengawal penularan wabak Covid-19 demi kesejahteraan masyarakat bersama,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here