Atuk sayang Amira – Ismail Sabri

0
2

TRAGEDI nahas jalan raya di Lebuhraya DUKE pada 2 Mei 2015, yang mengakibatkan tiga beranak maut dan menjadikan dua beradik yatim piatu pasti diingati rakyat Malaysia.

Insiden jam 1 pagi itu dikaitkan dengan tindakan enam kereta Perodua Myvi yang berlumba di lebuh raya itu sebelum merempuh pacuan empat roda model Pajero dinaiki Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, enam bulan.

Kemalangan itu mengakibatkan Nur Firuza Amira Fairuz Nizam dan adiknya, Nur Firuza Aqila kehilangan ibu bapa sera adik bongsu mereka.

Turut mengingati tragedi menyayat hati seluruh rakyat Malaysia itu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu.

“Perasaan terharu namun bercampur gembira apabila bertemu Amira.

“Kalau kalian semua masih ingat, Amira menjadi yatim piatu apabila kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE pada 2015. Kini enam tahun peristiwa hitam itu sudah berlalu,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook, hari ini.

Beliau berkesempatan bertemu remaja terbabit yang juga dijadikan anak angkatnya dalam Program 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia di ibu negara semalam.

“Amira, juga anak angkat saya kini telah pun berusia 13 tahun. Ketika peristiwa itu berlaku, Amira baru sahaja berusia 7 tahun.

“Saya doakan Amira sentiasa sihat, dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya. Atuk sayang Amira,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here