Putus dengan Vida, Iqbal kini mahu berkenalan dengan transgender?

0
2

NAMA usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli tidak pernah lekang dibibir netizen selepas hubungannya bersama jutawan kosmetik, Dato Sri Vida (DSV) untuk ke jinjang pelamin tidak kesampaian.

Terkini, Iqbal sekali lagi terpalit kontroversi selepas meluahkan hasrat untuk membantu seorang ‘wanita hamil’ dan sanggup membela anak kepada wanita tersebut.

Perkara itu dinyatakan Iqbal menerusi hantaran di Instagram, sekali gus meminta orang ramai untuk perkenalkannya kepada wanita tersebut yang dikatakan mahu melahirkan anak, namun bapa kepada bayi tersebut telah menghilangkan diri.

“Beberapa hari ini saya selalu lihat gambar wanita ini. Katanya sekarang mahu lahirkan anak namun bapanya menghilang. Jika sesiapa kenal, mohon perkenalkan ya. Saya sanggup bela anaknya,” tulisnya.

Namun, apa yang mengejutkan, dalam hantaran sama, foto wanita hamil yang dimuatnaik Iqbal adalah selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna yang juga merupakan seorang transgender.

Menurut Iqbal lagi, dia ingin berkenalan dengan ‘wanita’ tersebut dan bukan terus berkahwin kerana akui hatinya masih belum pulih kesan daripada hubungannya bersama bekas majikan yang juga jutawan kosmetik, Datuk Sri Vida.

“Juga serius untuk berkenalan dengan wanita cantik ini (sekadar berkenalan sahaja bukan terus berkahwin kerana hati saya juga masih belum pulih). Terima klasih. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan.” katanya.

Sebelum ini, Lucinta pernah mengakui dirinya hamil anak kepada teman lelakinya yang berasal dari luar negara

Selain itu, Lucinta atau nama sebenarnya Muhamad Fattah turut membuat pengakuan bahawa dia pernah menjual diri untuk melakukan pembedahan kelamin.

Sebelum ini, media melaporkan, selepas isu tak jadi kahwin dengan Datuk Vida, Iqbal berkata, dia akan membawa diri sekali gus ingin berhijrah ke Indonesia untuk menyembuhkan luka di hati. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here