Netizen berang, geng basikal wanita pula persenda OKU

0
2

SELEPAS tular video memaparkan seorang lelaki berlakon menjadi orang kurang upaya (OKU) untuk meletak kenderaan di petak khas, kini muncul satu lagi video mempersenda golongan tersebut kali ini membabitkan ‘geng berbasikal wanita’.

Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok itu semalam, kelihatan dua wanita dipercayai ‘geng basikal’ bergelak ketawa dan berlakon seperti mengalami kecacatan untuk masuk ke dalam tandas khas golongan berkenaan.

Video berdurasi sembilan saat itu berserta kapsyen ‘Tandas OKU lah katakan. Makanya…’ meraih lebih 350,000 tontonan dan mendapat lebih 4,000 tanda suka di TikTok sejak ia dimuat naik semalam.

Melalui video itu juga turut kedengaran suara perakam dan rakan-rakannya bergelak ketawa dengan perlakuan tersebut.

Video tular itu, mengundang kecaman banyak pihak termasuk yang menyifatkan tindakan mereka sebagai tidak sensitif dan mempersenda golongan OKU.

Malah, pelakon dan penyanyi Naim Daniel juga menerusi Twitter turut mengecam sikap wanita itu dan perakam video yang menurutnya seakan-akan ‘monyet’ kerana memerli golongan OKU.

“Tandas orang, tapi yang masuknya monyet” ciap Naim Daniel.

Sementara itu, warga netizen yang berang dengan tindakan tidak itu turut menyifatkan wanita berkenaan sebagai tiada adab dan memalukan wanita Islam bertudung.

“Allah maha adil…satu saat satu ketika di pusing ke arah yang mempersendakan. Makanya menangis tak berlagu. Tak mustahil jika ianya boleh berlaku,” kata Wan Rossminal.

“Betul.. Bila melihat kelakuan mereka, sangat-sangat tidak beradap.. Tidak berakhlak.. Lebih-lebih lagi kaum wanita bertudung begini,” tulis Ien’z Syafin.

“Tak bermoral langsung…jangan sekali-kali mengetawakan orang kurang upaya,” kata Christine Law.

Semalam, tindakan seorang lelaki memuat naik video ‘menyalahgunakan’ tempat letak kereta OKU menerima kritikan banyak pihak.

Video asal berdurasi 38 saat yang dimuat naik semula pengguna Twitter itu menunjukkan lelaki tersebut memberitahu bahawa dia dan rakan-rakannya sukar untuk mendapatkan tempat meletak kereta kerana pengunjung terlalu ramai.

Isu itu mendapat perhatian, Ahli Dewan Negara, Datuk Ras Adiba Radzi menyelar tindakan dua lelaki dan menuntut mereka membat permohonan maaf. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here