Tingkat kemudahan, capaian internet luar bandar pasca Covid-19

0
2

MALAYSIA serius membangunkan pembangunan infrastruktur termasuk capaian internet kepada masyarakat di luar bandar dalam fasa pemulihan pandemik Covid-19.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata aspek pembangunan ekonomi luar bandar penting untuk pemulihan masyarakat yang terkesan.

“Ini termasuk pengenalan dan latihan kepada penggunaan teknologi terkini dalam bidang pertanian, pemerkasaan latihan dalam ekonomi digital, kerjasama dalam bidang Teknikal dan Vokasional (TVET) serta keusahawanan luar bandar selain pemerkasaan kepimpinan belia dan wanita luar bandar,” katanya.

Mahdzir berkata demikian dalam kenyataan sempena Persidangan African-Asian Rural Development Organization AARDO) ke-20 secara dalam talian hari ini.

Persidangan tahunan menteri luar bandar itu membincangkan isu pembangunan di desa dan hubungan kerjasama dalam kalangan negara anggota AARDO daripada benua Afrika dan Asia.

AARDO juga turut memperkenalkan latihan secara atas talian selepas wabak Covid-19 melanda dunia.

Beliau berkata, AARDO boleh memainkan peranan lebih aktif untuk membantu negara-negara ahli dalam usaha pemulihan pasca Covid-19.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here