Sistem undang-undang berjalan dengan baik ke atas Najib

0
1

KEPUTUSAN tiga hakim Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Razak mengundang simpati pengamal undang-undang Azam Aziz.

Beliau berkata, proses undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri itu telah dilakukan dengan baik oleh pihak Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

“Saya bersimpati dengan Najib.Tetapi setakat Ini, sistem undang-undang telah berjalan dengan baik,” katanya di facebook, hari ini.

Azam berkata, Najib masih berpeluang membuktikan dirinya tidak bersalah kerana masih boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan dan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Tinggal dua peringkat sahaja lagi yang perlu di tempoh oleh Najib. Mahkamah Persekutuan dan Pengampunan DiRaja,” kata Naib Presiden parti Putra itu.

Mahkamah Rayuan hari ini, mengekalkan sabitan salah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Keputusan sebulat suara itu dibacakan oleh Pengerusi Panel Tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Bagaimanapun Abdul Karim panel yang bersidang bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan penangguhan hukuman itu selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.

Mahkamah turut mengekalkan syarat-syarat yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu sebagaimana ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi iaitu pasport perlu diserahkan ke mahkamah dan perlu lapor diri ke balai polis berdekatan dua kali sebulan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here