Ebit Lew selami nasib kanak-kanak gelandangan di Brazil

0
2

HAMPIR seminggu berlalu, misi kemanusiaan yang digerakkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew terus menyantuni golongan tidak bernasib baik di Sao Paolo, Brazil.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Ebit menyantuni golongan gelandangan di bandar itu, selain menyelami perasaan dan nasib kanak-kanak jalanan di negara itu.

Ujar Ebit, di tengah kemajuan bandar besar dan cantik di negara itu ada golongan yang tertinggal dan ia berlaku di mana-mana.

“Sebak sayu lihat seorang nenek jaga cucu-cucu dan menjadi gelandangan kerana kesusahan hidup dan ujian hidup.

“Bila tanya nama dan berbual-bual dengan anak-anak ini. Sama seperti anak kita di rumah. Mereka cuma anak-anak tapi nasib mereka tak sama dengan kita.

“Di tengah kemajuan bandar besar dan cantik di sini ada yang tertinggal. Begitulah dimana-mana,” katanya.

Ebit berkata, dalam kunjungan itu beliau turut membawa hadiah dan memberi sedikit wang perbelanjaan untuk mereka.

“Seronok anak-anak ini. Waktu pagi sejuk, lena je sebahagian mereka tidur di dalam khemah-khemah kecil di tepi jalan.

“Selepas Subuh 3.30 pagi saya pusing lihat penuh khemah-khemah kecil disini. Terfikir lena selesa ke mereka tidur.

“Tapi itulah kehidupan sebahagian mereka. Ujian mereka dan anak-anak ini,” katanya.

Dalam hantaran sama, Ebit turut berdoa semoga Allah SWT membantu dan mempermudahkan hidup mereka, serta dikabulkan cita-cita dan doa mereka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here