Poster ‘Selamat datang Najib Razak ke penjara Sungai Buloh’ palsu

0
2

JABATAN Penjara Malaysia (JPM) memaklumkan poster ucapan selamat datang kepada Datuk Seri Najib Razak ke penjara Sungai Buloh yang didakwa daripada jabatan itu, adalah palsu.

JPM menafikan perkara itu, dengan memuat naik poster tersebut dengan kapsyen ‘palsu’.

Poster tersebut yang memaparkan gambar bekas Perdana Menteri itu yang tertera ucapan ‘Selamat datang kepada Datuk Seri Najib Razak ke penjara Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Tulus ikhlas daripada Jabatan Penjara Malaysia’.

Poster itu dipercayai berkaitan dengan keputusan rayuan kes SRC International Sdn Bhd Najib hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib, yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Namun, human terhadap Najib ditangguhkan sementara bagi menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Penangguhan itu dibuat oleh peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here