Setelah 11 tahun melawan sakit, Elyana syukur kanser sudah hilang

0
2

SELEPAS 11 tahun berjuang sebagai pesakit kanser limfoma tahap empat, penyanyi dan pelakon Elyana akhirnya memberitahu dia kini sudah bebas daripada penyakit tersebut.

Pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 34, melahirkan rasa syukur kerana penantiannya selama ini berhasil selepas doktor mengesahkan kansernya telah hilang.

“Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua… Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil, kanser saya hilang!

“Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah, Kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya,” katanya dalam hantaran Instagram.

Pelantun lagu Diriku Tapak Sulaiman itu berkata dirinya sudah lama tidak merasakan rasa gembira mempunyai tubuh yang sihat.

“Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat.. aku pernah putus asa untuk berjuang.Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang.

“Tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari sang pencipta ku. Allah Maha Baik!,” ujarnya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu sering memuat naik perkembangan kesihatannnya menerusi hantaran di Instagram.

Ketabahan Elyana kekal positif mengharungi sesi kemoterapi mendapat perhatian ramai, yang memuji kesungguhannya untuk pulih daripada kanser. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here