‘Doakan daddy diberi kekuatan’ – Anak Najib

0
2

NOORYANA Najwa, meminta orang ramai mendoakan agar bapanya, Datuk Seri Najib Razak diberi kekuatan dan keadilan bagi menghadapi keputusan mahkamah berhubung rayuan sabitan bekas Perdana Menteri itu, hari ini.

Perkara tersebut dinyatakan menerusi hantaran Instagram Nooryana Najwa semalam.

“Sebagai hamba Allah SWT kita hanya mampu merancang dan mendoakan yang terbaik.

“Berdepan dengan berbagai ujian tetapi kekal tenang, percaya dan yakin dengan kebenaran. Kebenaran di dunia dan di akhirat.

“Doakan agar Daddy diberikan kekuatan menghadapi semua ujian dan cabaran ini, dan semoga keputusan esok memberikan keadilan kepadanya,” katanya.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya dijangka menyampaikan keputusan hari ini sama ada rayuan Najib untuk membatalkan sabitan dan hukuman berhubung kes SRC International bernilai RM42 juta dibenarkan atau tidak.

Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berhubung kes itu.

Prosiding Mahkamah Rayuan pagi ini akan diadakan secara dalam talian berikutan Najib dan beberapa anggota pasukan peguamnya mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19 dan perlu dikuarantin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here