Najib gagal masukkan bukti baharu dalam rayuan

0
2

PERMOHONAN bekas Perdana Menteri untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu bagi dipertimbangkan dalam rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dihadapinya di oleh Mahkamah Rayuan, hari ini.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Memetik laporan Berita Harian, panel hakim memutuskan demikian selepas mendapati Najib gagal menunjukkan bukti itu adalah perlu dan tiada keadaan istimewa bagi membolehkan ia diterima oleh mahkamah.

Sementara itu, mahkamah memutuskan prosiding keputusan rayuan Najib diteruskan esok secara maya.

Najib membuat rayuan terhadap sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas tujuh kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC.

Pada 2 Disember lalu, Najib memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu yang didakwa boleh mengubah keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes dihadapinya.

Bukti baharu itu mengenai pembabitan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang dikatakan bersekongkol dengan Jho Low atau Low Taek Jho.

Pembabitan itu didakwa memudahkan ahli perniagaan dalam buruan itu menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya SRC International. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here