Kontak rapat: Rayer ragui status Najib

0
1
https://mykmu.net/2020/11/10/rayer-jelutong-buat-perangai-lagi-ganggu-perbahasan-najib/

[PARLIMEN] KEGAGALAN Datuk Seri Najib Razak hadir ke Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menarik perhatian RSN Rayer (PH-Jelutong) di Dewan Rakyat.

Beliau membangkitkan persoalan status Ahli Parlimen Pekan itu menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 namun masih menghadiri sidang Parlimen, baru-baru ini.

“Saya telah membaca laporan portal-portal dalam negara, Ahli Parlimen Pekan yang sepatutnya hadir ke Mahkamah Rayuan pagi tadi, tidak hadir dan mohon penangguhan kerana dikatakan telah menjadi kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

“Namun kelmarin YB Pekan hadir ke Parlimen. Jadi adakah beliau sudah menjalani saringan?,” soalnya di Dewan Rakyat hari ini.

Rayer turut menggesa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk tidak membiarkan sistem demokrasi negara dipermainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Seterusnya, saya ingin katakan kita sebagai negara demokrasi perlu menghormati tiga cabang iaitu Eksekutif, Legislatif dan bidang Kehakiman.

“Saya tidak mahu pihak tertentu mengambil kesempatan untuk hadir di Parlimen tetapi tidak di mahkamah. Saya minta untuk perkara ini diambil perhatian,” katanya.

Mohd Rashid kemudian berkata, pihaknya mengambil maklum dan akan menjalankan ujian air liur atau saliva test sebagai langkah pencegahan wabak Covid-19. – Malaysiapost

Kredit Foto: MYKMU.net

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here