Mentadbir dengan dendam dan benci!

0
2
Datuk Razlan Rafii

Razlan Rafii

APABILA sahaja diumumkan kekalahan BN pada Mei 2018, bersorak dan berarak penyokong PH di Lebuhraya Persekutuan, sehingga takut rakyat hendak keluar rumah, satu kemenangan dengan pengharapan dengan pelbagai janji menifesto.

Pada tahun 1969, peristiwa perarakan kemenangan tidak jauh beza, meraikan kemenangan kononnya kemenangan rakyat, mereka riak, bongkak diri, rakyat masih tidak faham apa kehendak sebenar PH, akhirnya ditipu dengan janji manis, apa yang dikejar oleh DAP, PKR, PPBM dan Amanah jauh sekali untuk membela Rakyat.

Sebaik sahaja Kabinet ditubuhkan, kesemua kontrak kerajaan “digantung” tanpa tali, penjawat awam diberi ingatan dan amaran untuk tidak melakukan apa-apa urusan pembangunan dan kewangan, perasaan bertembung ketakutan dengan tugasan dan amanah.

Selepas sahaja beberapa bulan, satu memorandum dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (Lim Guan Eng) semua perolehan yang belum dimuktamatkan terbatal dengan sendirinya, kontrak yang belum mencapai 15% juga ditamatkan begitu sahaja.

SPRM diarah buat kerja untuk mencari semua tokoh-tokoh politik BN yang mempunyai bau-bau kontrak. SPRM menjadi alat tunggangan untuk menekan penjawat awam agar tidak meneruskan apa-apa sahaja kelulusan melibatkan kewangan. Ketika itu, semua penjawat awam dijadikan mangsa untuk melanggar etika kerja hanya kerana memuaskan nafsu pemimpin PPBM, DAP, Amanah dan PKR.

Negara menjadi kelam kabut, sistem pentadbiran kerajaan dilumpuhkan oleh kerajaan sendiri. Ia dilakukan dengan sebab, dendam dan benci PPBM, PKR, DAP dan Amanah!

Mereka tidak peduli akan domino impak yang akan terjadi terhadap ekonomi negara, mereka tidak peduli tentang rakyat yang akan dibuang kerja, mereka tidak peduli akan implikasi kontrak-kontrak yang sudah termeterai, mereka menjadi kuku besi dan meletakkan undang-undang di bawah telapak kaki mereka.

Gambaran cerita di atas ini, bukan satu dongeng, ia gambaran sebenar keadaan yang terjadi di dalam setiap kementerian.

Ini dibuktikan lagi apabila Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Ia juga diakui oleh pemimpin PH.

Untuk meranapkan negara tidak mengambil masa yang lama, 22 bulan adalah satu tempoh yang cukup panjang untuk melakukan kemusnahan.

Impak yang dilakukan oleh PPBM, PKR, DAP dan Amanah ini masih tidak dapat dipulihkan, syarikat-syarikat menyaman kerajaan, ada banyak tunggakkan kontrak yang tidak dapat diselesaikan kerana penjawat bertukar dan sehingga hari ini beban hutang yang ditanggung telah menyebabkan banyak syarikat gulung tikar.

Banyak keluarga hilang punca pendapatan hanya kerana sikap pentakbiran dendam dan benci diadaptasikan dalam sistem petadbiran kerajaan PPBM, PKR, DAP dan Amanah.

Akhirnya, mereka yang bersorak, berarak pada Mei 2018 telah ditipu dan dikhianati oleh pentadbiran PH!


Penulis ialah Ahli Majlis Tertinggi Umno
(Tulisan ini dipetik sepenuhnya dari Facebook penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiapost)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here