Body shaming: Afdlin terima permohonan maaf peminat Manchester City

0
2

PELAKON dan Pengarah, Datuk Afdlin Shauki menerima permohonan maaf daripada seorang peminat pasukan Manchester City yang menghina fizikalnya di Facebook.

Afdlin berkata, tindakannya memuat naik status di Facebook berhubung penghinaan individu tersebut bagi memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa ‘body shaming’ atau perbuatan mengejek atau menghina bentuk badan seseorang, salah dan boleh memberi kesan negatif kepada mangsa.

“First of all, mamat tu Nor Hafiz telah minta maaf kepada saya. Saya menerima dan saya juga minta maaf kalau dia terkesan dengan posting saya.

Tangkap layar komen berbentuk hinaan terhadap Afdlin

“…Kerana saya betul-betul nak semua orang mengambil tahu mengenai body shaming bahawa hal berkaitan ini sangat-sangat serius sebab boleh memberi kesan kepada ramai orang secara negatif.

“Saya Alhamdulillah dah tua.. tak peduli sangat benda-benda tu tapi ia sangat penting kerana perkara itu mungkin boleh menyebabkan orang tertekan dan menjurus kepada benda tak elok,” katanya menerusi video di Instagram.

Sehubungan itu, beliau turut berterima kasih kepada Nor Hafiz kerana memperbaiki kesilapannya dengan segera memohon maaf.

“Jadi terima kasih Nor Hafiz kerana meminta maaf.. saya pun minta maaf kerana memperbesarkan isu ini tapi ia penting,” katanya lagi.

Terdahulu, Afdlin menyelar tindakan biadap seorang peminat Manchester City yang secara tiba-tiba menghinanya di Facebook.

Individu dikenali sebagai Nor Hafiz itu mencetuskan kemarahan Afdlin selepas menghina fizikal pelakon itu di ruangan komen.

Pengguna FB tersebut sebelum itu telah melayangkan penghinaaan di ruangan komen salah satu entri pelakon berkenaan di media sosial itu.

“Gayat pula duduk atas ni gemuk,” katanya.

Dipercayai komen itu dimuatnaik susulan Manchester City memintas pasukan kesayangan Afdlin, Liverpool untuk berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris, hujung minggu lalu. – Malaysiapost

Kredit Foto: Instagram/Afdlin Shauki

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here