Pencarian PA, Vida tawar gaji lebih RM10,000 jika perform

0
2

USAHA usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mencari pembantu peribadi (PA) dengan menawarkan gaji sehingga RM10,000, telah menarik perhatian ramai terutama golongan lelaki.

Menurut Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Hasan, 50, setakat ini dia sudah menerima hampir 60 resume yang membuat permohonan melalui emel.

“Setakat ini dalam emel dah ada lebih 50 atau 60 resume, kalau mesej peribadi (DM) ada lebih kurang 100.

“Ia menyukarkan pihak kami kerana kriteria handsome memang datang yang kacak-kacak sudah macam nak buat pencarian Hero Remaja pula.

“Tapi perfomance sebagai PA itu tak tahu macam mana lagi,” katanya seperti dilapor mStar.

Dalam pada itu, Vida berharap calon yang bakal bekerja dengannya perlu sentiasa bersedia dan berketrampilan, kerana individu tersebut juga akan menggantikan dirinya untuk menghadiri mesyuarat.

Justeru, katanya, dia memerlukan individu serba boleh, jadi jumlah RM10,000 yang ditawarkannya itu bukan sekadar cakap kosong, ia bergantung potensi PA itu jika dia bagus maka gaji diberikan akan lebih daripada itu.

“RM10,000 tu sebagai geli-geli je bab gaji tu you kena perform, lebih dari itu you boleh dapat tau.

“Saya bukan ‘scam’, boleh dapat lebih daripada RM10,000… saya boleh beri RM50,000 tapi kenalah pandai buat kerja.”

Dalam masa sama, Penyanyi I Am Me ini turut mendedahkan yang dia pernah membayar bekas pembantunya, Iqbal Zulkefli kira-kira RM50,000 hingga RM100,000 setiap bulan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here