216 warga asing sertai parti liar kolam renang ditahan

0
2

POLIS menyeru sebuah parti liar yang diadakan di kolam renang sebuah kelab persendirian di Bukit Kiara, malam tadi dan memeriksa 303 individu termasuk 216 warga asing.

Serbuan dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira 11 malam.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata serbuan menjalankan tangkapan ke atas 216 daripada 303 individu yang diperiksa.

“Tangkapan membabitkan 55 wanita warganegara asing dan 161 lelaki warganegara asing. Manakala 87 individu lain yang diperiksa adalah warga tempatan dan dikenakan tindakan kompaun.

“Hasil pemeriksaan polis mendapati semua individu yang diperiksa didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu berkumpul di suatu tempat hingga menyukarkan penjarakan sosial,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kesemua warga asing yang ditangkap kemudian dibawa ke IPD Brickfields untuk penyiasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan, Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengalawan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.

“Siasatan juga dijalankan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengalawan Penyakit Berjangkit 2021 dan Seksyen 32 Akta Eksais 1976,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan penetapan MKN untuk memastikan rantaian Covid-19 diputuskan sepenuhnya.

“Sebarang maklumat berkaitan pelanggaran SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) atau apa-apa perbuatan jenayah boleh disalurkan ke Hotline IPD Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline IPK Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here