Anak Allahyarham Adenan Satem bertanding di Tanjong Datu

0
2

ANAK bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Azizul Annuar berdepan saingan empat penjuru di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu akan mempertahankan kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang ibunya, Puan Sri Jamilah Anu.

Azizul akan ditentang calon dari Parti Bumi Kenyalang (PBK), Goem Pijar dan calon dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang diwakili Jeryin Pauzi, serta calon Bebas, Abdul Talip Ba’ee.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Gustian Durano mengumumkan senarai calon yang bertanding pada jam 10.30 pagi selepas proses penamaan di Dewan Masyarakat Lundu, ditutup jam 10 pagi.

“Selepas semakan dilakukan, kami berpuas hati dan tiada calon ditolak kertas penamaannya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here