Nilai RT hampir 1, kita semua main peranan turunkan semula – KJ

0
2

Nilam Oshman

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin yakin kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara yang menghampiri 1 semula semalam, dapat diturunkan kembali sekiranya orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Khairy dalam ciapan di Twitter berkata bagi mengekal penurunan RT, rakyat memainkan peranan dengan terus memakai pelitup muka, di samping mengelak tempat sesak dan mendapatkan suntikan penggalak.

“Rt menghampiri 1 semula. Dua minggu lepas bila melepasi 1, kita semua telah mainkan peranan untuk menurunkan balik angka Rt. Yakin kita boleh. Pelitup, jarak, elak sesak, dos penggalak, jaga ibu bapa dan #TRIIS,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.98.

Rt tertinggi dicatatkan Perlis iaitu 1.12, diikuti Melaka (1.04), Perak (1.01), Kedah (1), dan masing-masing Labuan, Kuala Lumpur serta Selangor (0.99).

Manakala, Pahang (0.98), Johor (0.97), Terangganu (0.96), Kelantan (0.95), Sabah dan Putrajaya (0.93) serta Sarawak (0.72). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here