Gadis hamil luar nikah mati di pusara bapa

0
2

SEORANG gadis ditemui mati di atas kubur bapanya dipercayai membunuh diri dengan meminum racun.

Tragedi menyayat hati itu berlaku di Desa Japan, Mojokerto, Jawa Timur, Indonesia baru-baru ini yang kemudiannya tular di media sosial. 

Seorang daripada pengguna media sosial tampil mengakui dia merupakan rakan kepada mangsa.

Menurutnya, gadis berusia 23 tahun itu dipercayai membunuh diri dengan minum racun selepas hamil luar nikah akibat terlanjur dengan seorang anggota polis.

Mangsa dilaporkan mengalami tekanan perasaan selepas hubungan cintanya dengan anggota polis tersebut semakin renggang, selain mengandungkan anaknya.

Dalam pada itu, jurucakap polis, Hadi Supraptoyo berkata, teman lelaki gadis berkenaan sudah ditahan bagi membantu siasatan.

“Gadis itu dan anggota polis tersebut sering terlanjur dan hasilnya, sudah dua kali mangsa hamil iaitu pada Mac 2020 dan Ogos 2021.

“Namun, kedua-dua kandungan itu digugurkan dengan persetujuan mereka iaitu ketika kandungan berusia beberapa minggu bagi pertama kali dan kandungan berusia empat bulan untuk yang kedua kali,” katanya dipetik Kompas. 

Sehubungan itu, anggota polis tersebut bakal didakwa dengan kesalahan sengaja menggugurkan kandungan dan kini ditahan di balai polis Mojokert. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here