4,298 kes baharu hari ini

0
3
Kelihatan orang ramai beratur menunggu giliran untuk mengeluarkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) di Bank Simpanan Nasional sekitar Kuala Lumpur ketika tinjauan Malaysiapost hari ini. Kerajaan mempercepatkan bayaran BKC mulai semalam dan melegakan penerima-penerima yang menanti bantuan yang telah dijanjikan kepada semua pihak yang terkesan.

KES harian Covid-19 masih kekal di angka 4,000 apabila mencatatkan 4,298 kes baharu hari ini.

Semalam, Malaysia merekodkan 4,896 kes baharu dengan 36 kematian akibat Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini adalah 2,658,772 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here