Penduduk Kapit tidak perlu lagi tempuh perjalanan 3 jam ke Sibu – PM

0
1

PENDUDUK daerah Kapit di Sarawak kini boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi menempuh perjalanan yang panjang untuk pergi ke Sibu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon, berkata pembinaan jalan antara Kapit, Song, Kanowit sehingga ke Sibu yang bernilai RM750 juta telah siap menjadi penyelesaikan kepada isu yang dihadapi penduduk di kawasan itu.

“Penduduk Kapit jika pergi ke Sibu memakan masa selama tiga jam. Masalah yang besar ketika berlaku kecemasan. Jadi kerajaan mesti selesaikan isu jalan di Kapit.

“Alhamdulillah, saya datang ke Kapit untuk melihat sendiri jalan tersebut berjumlah RM750 juta antara Kapit, Song, Kanowit sehingga ke Sibu,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga telah melaksanakan pembinaan jambatan baharu iaitu jambatan Berkembar Sungai Yong Kapit, Sarawak berjumlah RM24 Juta.

Tambah beliau, kerajaan telah meluluskan beberapa lagi peruntukan di Sarawak khususnya Kapit dibawah Bajet 2022.

Antaranya, membina jalan dari Jalan Bukit Jayung ke simpang Jalan Datar Kakus, Belaga dengan kos RM53 juta; projek Pembinaan Pencawang pembahagi utama dan talian di Nanga Merit sebanyak RM40 juta; projek Bekalan Air Luar Bandar, kawasan Nanga Mujong bernilai RM30 juta; pembinaan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KEMAS), rumah cambuk Kapit sebanyak RM4.89 juta.

“Saya berharap agar Keluarga Malaysia di Kapit dapat menikmati manfaat-manfaat yang telah pun dan bakal diusahakan oleh kerajaan demi kemudahan dan kesenangan rakyat Kapit,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here