‘Terharu dapat layanan baik dari paderi gereja di Brazil’ – Ebit Lew

0
2

KEDATANGAN pendakwah bebas Ebit Lew di bumi Brazil menerusi misi kemanusiaan bagi membantu golongan yang memerlukan turut dialu-alukan paderi-paderi di sebuah gereja di negara itu.

Dalam hantaran terbaharu di laman Facebook, Ebit menzahirkan rasa terharu kerana paderi Gereja Besar di Sao Paola menerima kedatangannya sewaktu mengagihkan bantuan kepada gelandangan di kawasan itu.

“Terharu dapat layanan baik dari Paderi di Gereja Besar di Sao Paolo Brazil.. Berbual dan bertukar pendapat dalam program kemasyarakatan.

“Tadi saya ada program menyantuni homeless (gelandangan) di depan Gereja. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya dalam hantaran itu.

Beliau juga memuat naik beberapa gambar ketika paderi gereja itu menyantuninya dalam suasana yang cukup harmoni.

Ebit yang telah menyertai beberapa misi bantuan kemanusiaan antarabangsa termasuk di Palestin, berlepas ke Brazil pada Khamis lalu.

Dalam hantaran terdahulu, Ebit melahirkan rasa sedih kerana di tengah-tengah bandar besar Sao Paolo, masih ramai golongan gelandangan yang hidup di kali lima jalan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here